Maklumat DUN Ijok (N.11)

April 12, 2007

Terdapat 9 daerah mengundi dengan 12,272 pengundi pendaftar di Ijok seperti yang dikemaskini pada 4 April 2007.

12,233 adalah pemilih awam dan 39 orang pemilih pos. Pengundi Melayu sebanyak 51.04 peratus, India 28.16 peratus dan Cina 20.59.

Peta Ijok: peta-ijok.jpg


28 April hari penentu

April 12, 2007

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Ijok ialah pada 19 April dan sekiranya ada pertandingan pengundian akan diadakan pada 28 April.

Daftar pemilih yang dikemaskini sehingga 4 April 2007 akan digunapakai untuk pilihanraya ini. Harapnya daftar yang sama akan digunakan pada hari mengundi, tidak seperti Pilihanraya Umum 2004 di mana daftar yang digunakan pada hari pengundian adalah berbeza daripada daftar yang diserahkan kepada calon pada hari penamaan calon.