BN digempur KeADILan di Ijok

April 19, 2007

BERNAMA: 19-04-2007 02:53:24 PM

nomination-ijok.jpg

 

KUALA SELANGOR: Barisan Nasional (BN) dicabar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pertandingan satu lawan satu bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, pada 28 April ini.

Pegawai pengurus pilihan raya Haris Kasim mengumumkan bahawa calon BN K. Parthiban dan calon PKR Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu kerana hanya dua pencalonan diterima.

Ini adalah cubaan kedua PKR setelah calonnya Abdul Rahman Moharam tewas kepada anggota exco kerajaan Selangor Datuk K. Sivalingam pada pilihan raya umum 2004 dengan majoriti 1,649 undi.

Ketika membuat pengumuman mengenai pertandingan bagi pilihan raya kecil itu di pentas khas di luar Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai di sini pada pukul 11.05 pagi, Haris berkata tiada sebarang bantahan diterima terhadap pencalonan mereka dan tiada kertas pencalonan ditolak.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan dan tepukan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti dengan kedua-dua calon BN dan PKR itu diapit oleh beberapa pemimpin tertinggi parti masing-masing.

Terhadulu pada pukul 11 pagi, Haris mengumumkan bahawa waktu bantahan untuk pencalonan bagi pilihan raya kecil itu ditutup.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang dari BN Sivalingam, 59, di Chennai, India akibat sakit jantung pada 4 April lepas.

Antara pemimpin parti komponen BN yang hadir memberi sokongan kepada Parthiban ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga timbalan pengerusi BN; Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, yang juga pengerusi BN Selangor; presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu; timbalan presiden MCA Datuk Seri Chan Kong Choy; presiden PPP Datuk M. Kayveas; dan pemangku presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Sementara itu Abdul Khalid pula diiringi oleh presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa; dan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Terdahulu Parthiban, 38, yang juga setiausaha MIC bahagian Tanjung Karang, mengemukakan kertas pencalonannya 20 minit selepas penamaan calon dibuka di Dewan Orang Ramai Batang Berjuntai pada 9.00 pagi.

Pencalonan beliau dicadang oleh Rahim Mohd Yatim dan disokong Chong Yau Peng.

Abdul Khalid, 61, yang merupakan pengerusi PKR Selangor pula menyerahkan kertas pencalonannya pada 9.36 pagi.

Pencalonan Khalid dicadangkan oleh Abdol Raman Moharam dan disokong Mohd Yusof Abdul Rahim.

 


Anwar berceramah di Batang Berjuntai dan Pekan Ijok

April 19, 2007

anwar-memmipin.gif

Dalam rangka piihanraya kecil DUN Ijok,

ANWAR IBRAHIM, Penasihat KeADILan,

akan berceramah dalam rapat umum

anjuran Parti Keadilan Rakyat (KeADILan)

di Tapak Pasar Malam, Batang Berjuntai,

dan di Pekan Ijok pada hari Khamis, 19 April 2007

(Acara akan bermula pada jam 8.30 malam).

[Anwar dijangka akan mengupas pelbagai isu

politik semasa yang hangat, seperti: korupsi,

pembunuhan model Mongolia, penyalahgunaan DEB,

pemerintahan yang tidak cekap, ekonomi negara yang merosot,

dan sebagainya.]


Khalid lawan Parthiban untuk pilihanraya kecil DUN Ijok

April 19, 2007

khalid-lwn-parthiban.gif

Hanya dua calon – dari Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan Barisan Nasional (BN) –telah mengemukakan nama mereka sebagai calon bagi pilihanraya kecil DUN Ijok yang ditetapkan akan berkangsung pada 28 April ini.

Tiada calon lain yang mengemukakan borang penamaan calon,  walaupun sebelum ini terdapat spekulasi seramai empat individu akan berbuat demikian.

Yang pertama mengemukakan borang penamaan calon ialah K. Parthiban, 38, dari BN pada kira-kira jam 9.20 pagi, diikuti oleh Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibtahim, 61, dari KeADILan kira-kira 15 minit kemudiannya.

Khalid merupakan bendahari agung KeADILan Pusat dan pengerusi KeADILan Selangor. Parthiban pula merupakan setiausaha MIC bahagian Tanjung Karang. 

Selepas tamat waktu bantahan pada 11.10 pagi, pegawai pengurus pilihanraya kecil Ijok, Haris Kasim mengumumkan pertandingan pada 28 April ini adalah satu lawan satu antara BN dan KeADILan.