April 20, 2007
20 April 2007
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menganggap kenyataan Khairy Jamaludin yang menyatakan bahawa Parti Keadilan Rakyat (keADILan) sengaja tidak mengikut peraturan keselamatan dengan sengaja berarak untuk bertembung dengan jentera penyokong Barisan Nasional (BN) adalah bohong dan tidak berasas sama sekali.
Di dalam hal ini AMK telah mendapatkan penjelasan daripada Setiausaha SPR sendiri, Datuk Haji Kamaruzaman Mohd Noor tentang bagaimana tidak ada laluan perarakan yang berlainan sepertimana yang biasa berlaku semasa hari penamaan calon. Beliau memaklumkan kepada AMK bahawa penerangan telah diberikan kepada kedua-dua parti yang akan bertanding dan beliau mengesahkan laluan perarakan oleh keADILan adalah betul sepertimana yang dirancang.
Justeru AMK melahirkan keyakinan bahawa halangan yang dilakukan terhadap calon keADILan semasa hari penamaan calon oleh Pemuda BN telah dirancang lebih awal oleh mereka untuk tujuan melakukan provokasi awal terhadap penyokong keADILan dan percubaan untuk menghalang Tan Sri Khalid Ibrahim daripada menyerahkan borang pencalonan beliau.
AMK menegaskan bahawa budaya samseng telah ditunjukkan dan digalakkan oleh pemuda BN dengan beberapa insiden yang tidak diingini dilakukan oleh anggota mereka sendiri. Di dalam hal ini, AMK adalah parti politik yang pertama membuat dua laporan polis sejurus selepas proses penamaan calon, masing-masing dilakukan oleh Zainurin bin Jiman pada jam 1232pm, repot no 900/07 dan Zulkanaine Bin Kassim pada jam 1251pm, repot no 901/07.
Di dalam kes Zainurin beliau telah ditumbuk di bahagian muka pipi sebelah kiri oleh salah seorang anggota pemuda BN dan di dalam kes Zulkanaine, beliau telah dibaling dengan kayu oleh sekumpulan pemuda BN. AMK percaya kedua-dua laporan polis di atas akan disiasat di bawah Seksyen 323 (mendatangkan kecederaan dengan sengaja) dan 336 (membahayakan nyawa dan keselamatan diri) Kanun Keseksaan.
AMK memberi amaran kepada Khairy dan konco-konconya untuk tidak bertindak di luar batas undang-undang kerana AMK tidak akan teragak-agak untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap mereka.
SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Pemangku Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
1 Comment |
Uncategorized |
Permalink
Posted by ijok2007
April 20, 2007

20 April 2007
DS Anwar Ibrahim
- Bilik Gerakan Utama KeADILan, Pekan Batang Berjuntai
21 April 2007
DS Anwar Ibrahim
- Taman Sri Indah Bistari Utama
- Markas Tarbiah PAS, Jalan Haji Nasir, Kampung Bukit Badong
Sdr Ezam Mohd Nor
- Batu 28, Jalan Makmur, Simpang Ijok
Leave a Comment » |
Uncategorized |
Permalink
Posted by ijok2007
April 20, 2007
Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Nor telah mengesahkan bahawa belaiu bersedia untuk berkempen setiap hari di Ijok bermula hari ini (20 April 2007) sehingga hari mengundi.
Beliau tidak dapat bersama pada hari penamaan calon kerana keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.
Ketika dihubunyi Ijok2007, Ezam mengatakan bahawa, “bermula malam ini, saya boleh turun ke Ijok setiap hari.”
Nantikan gandingan hebat Anwar-Ezam!
Leave a Comment » |
Pengumuman |
Permalink
Posted by ijok2007
April 20, 2007
Oleh Ahmad Zaki Yamani
Suasana kempen Pilihanraya Kecil Ijok cuba ditegangkan oleh Barisan Nasional sejak hari penamaan calon lagi. Naib Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaludin sendiri memprovokasi penyokong keADILan sehingga menyebabkan insiden baling membaling botol air mineral.
Bagi pihak kempen keADILan Ijok, saya memohon maaf kepada sesiapa saja yang mungkin merasa kurang senang atau tercedera dan sebagainya akibat insiden yang berlaku hasil provokasi Barisan Nasional itu.
Saya kesal kerana Pemuda BN memilih slogan Sedia Gempur! Apa yang mahu digempur mereka? Cara hidup dan keharmonian rakyat di Ijok? Saya kira BN perlu meninggalkan cara ganas dan samseng mereka di tempat mereka saja. Ayuh kita pupuk budaya baru kempen pilihanraya. Biar harmoni dan tenang.
Saya merayu semua pihak untuk menjalankan kempen dengan tenang. Kempen hanya sekadar kempen. Jangan kita biarkan ia merosakkan pertimbangan kemanusiaan kita.
Pada 19 April, sekitar daripada jam 11 malam sehingga 3 pagi, saya dan beberapa sukarelawan pemuda-pemuda tempatan Ijok telah menjalankan usaha memasang billboard. Kami hanya memasang di bahu jalan dan mengambil perhatian untuk tidak mengganggu dan jauh sekali merosakkan bahan kempen BN yang sedia ada.
Namun malang sekali sekumpulan pemuda BN dari luar Ijok telah mendatangi kami dan melarang kami daripada memasang billboard tersebut. Syukur tidak ada insiden buruk yang berlaku dan ia boleh diselesaikan dengan baik. Mungkin kerana kumpulan kami ramai, sekitar 15 orang, ketika itu.
Pihak BN kemudiannya mengekori kami sepanjang usaha kami menaikkan billboard di lokasi-lokasi lain dan mencatit nombor-nombor kenderaan di dalam pasukan kami untuk menakut-nakutkan para petugas keADILan.
Saya sangat jengkel dengan keadaan ini dan berharap pihak BN dapat mengawal pemimpin dan jentera mereka daripada bertindak ganas.
Saya kira semangat Malaysia Boleh! yang dilaung-laungkan perlu diterapkan untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh bersopan santun dan beradab. Kita mesti menonjolkan bahawa rakyat Malaysia boleh profesional dalam kempen pilihanraya dan tidak membiarkan diri dikuasai undang-undang rimba.
Leave a Comment » |
Op-Ed |
Permalink
Posted by ijok2007
April 20, 2007
Oleh Ahmad Zaki Yamani
Seluruh ahli, aktivis dan penyokong Parti Keadilan Rakyat serta seluruh rakyat Malaysia yang mahu menghentikan hegemoni dan sikap bermaharajalela Barisan Nasional dirayu untuk segera menyalurkan bantuan tenaga kerja dan dana bagi menjayakan kempen Pilihanraya Kecil Ijok.
Perayu undi dan tenaga kempen rumah ke rumah diharap dapat melaporkan diri untuk bertugas Sabtu dan Ahad (21 dan 22 April) melalui Perhubungan Negeri masing-masing. Wanita khususnya adalah sangat-sangat diperlukan.
Bantuan hendaklah diuruskan melalui Perhubungan Negeri masing-masing yang telah ditugaskan kepada Daerah-daerah Mengundi tertentu.
Kempen rumah ke rumah adalah sangat kritikal untuk memastikan mesej keadilan dapat disampaikan kepada setiap pengundi secara terus. Hanya dengan maklumat yang lengkap dan adil pengundi akan dapat membuat keputusan setepatnya untuk mengundi keADILan.
BN melakukan propaganda setiap hari melalui media massa, tetapi kita tidak mempunyai akses tersebut. Maka kita tidak ada pilihan selain kempen muka ke muka.
Terima kasih.
Leave a Comment » |
Pengumuman |
Permalink
Posted by ijok2007