Sah, pengundi Cina di Ijok sokong KeADILan

April 27, 2007

Pak Lah tak mampu selamatkan Ijok
Friday, April 27 @ 00:07:50
Artikel

Apa yang berlaku di Pekan Ijok malam tadi sama dengan apa yang berlaku di Lunas lima tahun lepas. Kalau hakikat ini benar, ini bermakna Ijok akan menjadi “Lunas” kedua! Ucapan Anwar yang penuh bervariasi — humor, guruan dan sesekali serius — memukau masyarakat Tionghua dan hadirin.


Oleh Mohd Sayuti Omar

BARISAN NASIONAL (BN) akhirnya terpaksa juga meminta bantuan tali hayat daripada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelamatkan keadaan BN yang hampir karam di Ijok sekarang ini. Lewat petang semalam (26 April) Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan kunjungan ke Ijok untuk memberi semangat kepada para jentera pilihan raya BN yang sudah merasa lemah dengan perkembangan di Ijok pada masa ini apabila lebih 70 peratus pengundi Melayu cenderung untuk memilih calon Keadilan, Khalid Ibrahim.

Sekaligus pemergian Perdana Menteri itu juga menunjukkan BN di dalam keadaan tertekan dan cemas. Bagaimana pun pemergian Perdana Menteri itu dikira tidak banyak merubah suasana, apa lagi untuk membantu calon BN, melainkan sekadar untuk memenuhi permintaan para petugas jentersa BN, yang sudah panik.

Kedatangan Abdullah ke Ijok dikira satu kesilapan kerana ia boleh menjejaskan pengaruhnya sendiri. Sekiranya BN kalah pada 28 April kelak, orang boleh merumuskan, pengaruh dan pamurnya sudah merosot dan rakyat tidak lagi mempedulikannya.

Sebaliknya kalau beliau tidak hadir, sekiranya calon BN kalah orang boleh menjadikan alasan kerana Perdana Menteri tidak turun ke Ijok.

Kunjungan Abdullah ke Ijok itu sebenarnya dikatakan tidak ada dalam jadual. Abdullah berkenan untuk mencemar duli di Ijok apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad turut sama campur tangan di Ijok dengan menghantar mesej supaya pengundi Ijok memilih, Khliad Ibrahim sebagai menghantar mesej kepada kerajaan.

“Abdullah sungguh bimbang dengan mesej berkenaan yang boleh menyebabkan BN kalah dengan teruk, dan kalau BN kalah teruk ia boleh menjejas dan memalukan Abdullah,” begitulah tanggapan pemerhati politik di Ijok.

Selain itu pemergian itu juga setelah BN merasa kekuatan dan pengaruh Najib Razak yang mengepalai kempen berkenaan tidak begitu mengesankan. Masalah dan isu yang dicampakkan kepadanya, seperti isu Altantuya, komisen kapal selam RM520 juta dan sebagainya

menjadi Najib sendiri mati langkah dan

mempunyai masalah sendiri di Ijok sehinggakan tidak boleh untuk fokus kepada pilihan raya Ijok.

Seperti dikatakan tadi kedatangan Abdullah ke Ijok tidak sampai tiga jam itu tidak dapat mengubah suasana dan juga merombak simpulan pengundi di Ijok yang mereka sudah lakukan. Baik Melayu, Cina dan India masing-masing sudah membuat keputusan siapa yang bakal mereka pilih.

Sementara itu pemandangan zahir menunjukkan rata-rata pengundi terbingkas dengan seruan yang dibawa Keadilan “undi untuk perubahan”. Hurungan orang ramai di ceramah-ceramah Keadilan menjelaskan kehangatan sokongan orang ramai kepada parti berkenaan.

Bukan saja pada ceramah dihadiri Anwar, Ezam Muhammad Nor, Saifuddin Nasation Ismail tetapi ceramah yang diungguli pemimpin PAS, Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa dan lain-lain juga turut mendapat sambutan memberangsangkan.

Misalnya ceramah Anwar di pekan Ijok malam tadi dihadiri kira-kira lebih 2,000 masyarakat Tionghua dan ini sesuatu yang mengharukan dan menjelaskan bahawa hampir 80 peratus pengundi Cina seramai 20 peratus bersedia memberi sokongan kepada calon Keadilan.

Dalam pilihan raya sebelum ini masyarakat Tionghua di Ijok dikatakan tidak pernah menunjukkan sikap terbuka menyokong pembangkang seperti itu

Sorakan demi sorokan dan tepukkan demi tepukan pada setiap kali Anwar melafazkan hujah-hujahnya menggambarkan sikap masyarakat Cina Ijok sedia untuk memberikan undi mereka. Apa yang berlaku di Pekan Ijok malam tadi sama dengan apa yang berlaku di Lunas lima empat tahun lepas.

Kalau hakikat ini benar, ini bermakna Ijok akan menjadi “Lunas” kedua!

Ucapan Anwar yang penuh bervariasi, humor, guruan dan sesekali serius memukau masyarakat Tionghua dan hadirin. Anwar juga seperti konfiden bahawa sokongan yang dipamirkan itu ikhlas dan jujur, bahawa masyarakat Ijok mahukan perubahan berterima kasih dan terharu dengan sokongan itu.

Ceramah di Pekan Ijok itu dikira adalah yang terakhir dan Keadilan tidak perlu merasa bimbang kepada sokongan yang diberikan kerana ia menampakkan benar bahawa undi orang-orang Cina akan dimasukkan ke dalam peti undi Keadilan.


BERITA TERKINI PILIHANRAYA IJOK 2007

April 27, 2007

ijokhishamkhairygster21.jpg

 

Dua bas penuh “Tamu” BN dari Pokok Sena, Kedah baru tiba. Apa Maksud Kedatangan Mereka?

 

Jumaat, 27.04.07, jam 6.00 petang

 

Bukit Badong, Ijok – Dua buah bas Mara Liner – WNG 5278 dan WNV 5266 – baru sahaja tiba dari Pokok Sena, Kedah. Tidak diketahui apakah tujuan mengangkut dua bas penuh pemumpang dari Kedah ke Ijok ini, sehari sebelum piliharaya kecil N11 Ijok yang akan berlangsung esok.

 

Namun kedatangan ini memperlihatkan pola yang sama dengan kaedah mengangkut bakal “pengundi hantu” yang pernah dilakukan oleh BN pada waktu pilihanraya kecil Lunas dulu.

 

Ketibaan “para tamu” dari Pokok Sena itu disambut di Bukit Badong, Ijok, sebentar tadi oleh Ahli Parlimen Bukit Sena yang juga merupakan Setausaha Parlimen, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

 

Selain itu, Setiauasaha Parlimen itu telah meyalahgunakan kemudahan Rela bagi menyambut para tamu dari Pokok Sena itu.

 

Para pekerja KeADILan sedang giat memerhatikan gerak geri “para tamu” yang seperti ini. Lebih banyak bas dijangka akan datang sepanjang malam ini.


Pegundi Ijok, Ciptalah Sejarah Baru — Anwar

April 27, 2007

anwar-memmipin.gifkhalid-ijok2new.gif

Anwar minta pengundi Ijok cipta sejarah baru

Anwar Ibrahim
Fri | Apr 27, 07 | 03:08:57 PM
Hari Sabtu (28/4) ini hari penentuan bagi semua rakyat di dalam DUN Ijok. Kepada rakan-rakan berbangsa Melayu, Cina & India saya merayu supaya mengundi calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim.Anda semua: Melayu, Cina dan India berpeluang untuk mencipta sejarah.Dan sejarah itu akan anda cipta dengan mengundi calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tan Sri Khalid adalah rakan lama saya. Beliau adalah seorang anak Selangor yang telah beberapa kali mencipta sejarah. Pada tahun 1981, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu sebagai Ketua Pehawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad telah menjadikan Syarikat Guthrie yang ketika itu dimiliki oleh pemodal-pemodal asing sebagai syarikat Malaysia.

MeMalaysiakan Syarikat Guthrie ini berjaya dilakukan melalui PNB melakukan ‘Serangan Waktu Subuh’ ke atas Bursa Saham London.

Tan Sri Khalid melaksanakan langkah MeMalaysiakan Syarikat Guthrie, salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia kerana beliau terdorong oleh semangat patriotik dan mahu menyaksikan Syarikat Guthrie diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri. ‘Serangan Waktu Subuh’ yang dilakukan oleh PNB terhadap Bursa Saham London menyebabkan nama Tan Sri Khalid terkenal di masyarakat korporat dunia dan Malaysia dihormati oleh masyarakat ekonomi antarabangsa.

Tan Sri Khalid sekali lagi mencipta sejarah Ketua Eksekutif PNB dengan memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional dan Skim Amanah Saham Bumiputera. Melalui langkah ini beliau telah memungkinkan jutaan rakyat Malaysia memiliki saham. Berkat buah fikiran anak Selangor kelahiran Jeram ini, pemilikan saham di Malaysia hari ini tidak terbatas kepada golongan kaya sahaja.

Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mencipta sejarah. Beliau mencadangkan kepada saya, selaku Menteri Kewangan pada wakti itu untuk melaksanakan Skim Pinjaman Amanah Sham Bumiputera kepada Rakyat Termiskin bermula dengan RM700 juta dilancarkan di Baling, Kedah yang telah mengubah kehidupan 140,000 rakyat Malaysia.

Apakah makna undi anda kepada Tan Sri Khalid, calon Pari Keadilan Rakyat pada hari Sabtu ini? Maknanya adalah anda mencipta sejarah politik. Apakah makna sejarah politik itu?

Maknanya adalah anda telah menolak sikap sombong dan angkuh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional baik dari kalangan UMNO, MIC dan MCA yang menganaktirikan Ijok selama ini. Anda telah menolak amalan rasuah dan rakus pemimpin-pemimpin BN.

Tanyakan kepada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tentang komisyen berjumlah lebih RM530 juta untuk membeli kapal selam Scorpene dan hampir RM400 juta untuk membeli jet pejuang Sukhoi. Jumlah komisyen di dalam pembelian pesawat pejuang dan kapal selam berjumlah hampir-hampir RM1 billion.

Jumlah tersebut sahaja mampu membina 200 sekolah rendah, 100,000 klinik kesihatan dan 20,000 unit rumah kos rendah.

Jumlah rasuah tersebut kira-kira 20 kali ganda lebih banyak daripada pembangunan Pilihanraya Ijok yang diisytihar secara tergesa-gesa oleh Barisan Nasional tempoh hari.

Bolehkan calon BN K. Partihban menanyakan soalan ini kepada Dato’ Seri Najib yang juga Menteri Pertahanan? Bayangkan bagaimana ekonomi penduduk di Pekan Ijok dan Batang Berjuntai dapat dijana dengan jumlah wang tersebut. Jumlah tersebut juga boleh menyelesaikan masalah pengangguran dan sosial yang begitu parah sehingga hari ini.

Setelah lebih 50 tahun merdeka masyarakat Tuan Mee masih lagi minum di air perigi. Bagaimana keperihatinan pimpinan MIC?

Dengan Tan Sri Khalid dan juga Parti Keadilan, anda sekalian juga akan mencipta sejarah dengan membawa politik baru yang menjaga kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Kami di Parti Keadilan telah mengusulkan Agenda Ekonomi Nasional yang menjaga kepentingan semua kaum, meningkatkan kebolehah daya saing kaum Bumiputera dan memberi peluang kepada golongan miskin tanpa mengira kaum.

Kami juga memberi komitmen menjaga hak penganut-penganut agama mengamalkan agama mereka dan menjaga kesucian serta keselamatan tempat-tempat ibadat mereka.

Rakyat Ijok berhak mendapat calon terbaik. Calon tersebut ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat. Ayuh, mari kita cipta sejarah!