Bersedia melakar kejayaan

Oleh Ahmad Zaki Yamani (Ketua Penerangan keADILan Selangor)

Barisan Nasional nampaknya sedang giat bersiap sedia untuk menghadapi keADILan dan seluruh Barisan Rakyat di Ijok. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Selangor telah memukul canang meyakinkan juak-juak BN bahawa mereka bersedia menghadapi keADILan.

Malah Khir Toyo menyatakan secara khusus bahawa mereka bersedia menghadapi Pengerusi Perhubungan keADILan Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ijok meskipun keADILan belum membuat keputusan pasti dan belum mengumumkan calonnya.

Beliau juga telah merasmikan upacara pecah tanah penentuan araha kiblat Masjid Ubudiah yang sudah sekian lama dijanjikan kepada penduduk Ijok. Mungkin selepas ini meriam lebih besar dari BN akan merasmikan upacara pecah tanah untuk masjid yang sama berkali-kali. Mungkin juga pecah tanah untuk dewan solat, pejabat, tempat wuduk, tandas dan sebagainya akan diasing-asingkan dan dilakukan oleh ‘tokoh-tokoh’ BN yang berlainan.

Di Batang Berjuntai, pusat pelupusan sampah telah segera ditutup. Sebelum ini penduduk tempatan telah berulang kali membuat bantahan dan malah pernah membuat demonstrasi selama sebulan di situ tetapi ia tidak pernah diendahkan. Baca Harakahdaily.

Selepas ini puluhan, malah mungkin ratusan juta ringgit akan ditaburkan BN di Ijok. Bukan wang BN, tetapi wang negara. Pelbagai projek akan diumumkan dan dimulakan, meski tidak semestinya disiapkan. Perkara ini sudah menjadi rutin kepada mereka yang mengikuti pilihanraya kecil.

Namun kita perlu menghadapi hakikat bahawa kemasukan wang panas ini memberi kesan kepada penduduk setempat dan perkara yang sama akan berlaku kepada pengundi di Ijok.

Namun BN menerima sedikit tamparan apabila berita TV3 pada 14 April menyiarkan temubual dengan seorang penduduk Ijok yang menyatakan bahawa, “Pembangunan bukan segala-galanya.” Beliau mahu seorang wakil rakyat yang benar-benar mendampingi rakyat. Terima kasih warga TV3 kerana menyiarkan sentimen sebenar masyarakat.

Justeru, aktivis keADILan dan seluruh Barisan Rakyat memikul peranan besar meyakinkan kesemua 12,272 pengundi di Ijok untuk memilih wakil rakyat dan bukan wakil BN.

Untuk itu keADILan Selangor telah menugaskan setiap Bahagian di Negeri Selangor ke daerah-daerah mengundi tertentu. Ini adalah untuk memudahkan penyusunan gerak kerja dan penyelarasan.

Di samping itu, bantuan tenaga kerja secara sepenuh masa adalah sangat-sangat diperlukan sekarang dan bukan sekadar lawatan dan rombongan sambil belajar ke Ijok. keADILan memerlukan dan mengalu-alukan bantuan daripada teman-teman PAS, DAP dan aktivis keADILan dari seluruh negara. Namun bantuan ini perlu disusun secara teratur kerana saiz kawasan Ijok yang kecil dan bagi memastikan tenaga manusia yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya secara optimum.

Biro Pilihanraya Pusat keADILan akan memainkan peranan menyelaras petugas dan bantuan dari seluruh negara ini, sementara Bilik Gerakan Pilihanraya Selangor yang diketuai Ketua Bahagian Selayang, Abdul Rahim Abdul Wahab akan mengendalikan tenaga kerja dari Selangor dan operasi lapangan apabila petugas dari luar Selangor telah ditugaskan ke Daerah Mengundi tertentu.

InsyaALlah dengan sokongan dan bantuan semua, kita akan sekali lagi melakar kejayaan dalam pilihanraya kecil. Percayalah dan doakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: