Kempen mesti dijalankan dengan tenang

Oleh Ahmad Zaki Yamani

Suasana kempen Pilihanraya Kecil Ijok cuba ditegangkan oleh Barisan Nasional sejak hari penamaan calon lagi. Naib Ketua Pemuda UMNO sendiri, Khairy Jamaludin sendiri memprovokasi penyokong keADILan sehingga menyebabkan insiden baling membaling botol air mineral.

Bagi pihak kempen keADILan Ijok, saya memohon maaf kepada sesiapa saja yang mungkin merasa kurang senang atau tercedera dan sebagainya akibat insiden yang berlaku hasil provokasi Barisan Nasional itu.

Saya kesal kerana Pemuda BN memilih slogan Sedia Gempur! Apa yang mahu digempur mereka? Cara hidup dan keharmonian rakyat di Ijok? Saya kira BN perlu meninggalkan cara ganas dan samseng mereka di tempat mereka saja. Ayuh kita pupuk budaya baru kempen pilihanraya. Biar harmoni dan tenang.

Saya merayu semua pihak untuk menjalankan kempen dengan tenang. Kempen hanya sekadar kempen. Jangan kita biarkan ia merosakkan pertimbangan kemanusiaan kita.

Pada 19 April, sekitar daripada jam 11 malam sehingga 3 pagi, saya dan beberapa sukarelawan pemuda-pemuda tempatan Ijok telah menjalankan usaha memasang billboard. Kami hanya memasang di bahu jalan dan mengambil perhatian untuk tidak mengganggu dan jauh sekali merosakkan bahan kempen BN yang sedia ada.

Namun malang sekali sekumpulan pemuda BN dari luar Ijok telah mendatangi kami dan melarang kami daripada memasang billboard tersebut. Syukur tidak ada insiden buruk yang berlaku dan ia boleh diselesaikan dengan baik. Mungkin kerana kumpulan kami ramai, sekitar 15 orang, ketika itu.

Pihak BN kemudiannya mengekori kami sepanjang usaha kami menaikkan billboard di lokasi-lokasi lain dan mencatit nombor-nombor kenderaan di dalam pasukan kami untuk menakut-nakutkan para petugas keADILan.

Saya sangat jengkel dengan keadaan ini dan berharap pihak BN dapat mengawal pemimpin dan jentera mereka daripada bertindak ganas.

Saya kira semangat Malaysia Boleh! yang dilaung-laungkan perlu diterapkan untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia boleh bersopan santun dan beradab. Kita mesti menonjolkan bahawa rakyat Malaysia boleh profesional dalam kempen pilihanraya dan tidak membiarkan diri dikuasai undang-undang rimba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: