Pemimpin BN, marilah bersikap telus dan tulus di Ijok!

Oleh Pemimpin Kerdil KeADILan

Setelah tiga hari kempen pilihanraya kecil N11 Ijok berlangsung, nampaknya para pemimpin BN mulai bertukar tempo –dan demikianlah juga nada media cetak dan media elektronik arus utama yang sememangnya merupakan para pelapor upahan para pemimpin BN yang tidak kredibel itu.

Mulai hari ini mereka tampaknya sudah mulai bernada lembut. Jika pada mulanya (yakni pada hari penamaan calon) mereka menggunakan pendekatan menggertak dan berkeras (bagaikan samseng) terhadap pihak pembangkang maka kini mereka cuba memberikan gambaran bahawa yang agresif itu pihak pembangkang bukan pihak mereka.

Bila para pemimpin mulai mededahkan kemungkaran dan salah laku para pemimpin BN dalam pelbagai lapangan — dari rasuah, kepada penyelewengan, kepada ketidakcekapan mentadbir hinggalah kepada kemungkinan melakukan pembunuhan — mereka telah mengertak bahawa mereka akan menyaman para pengkritik mereka itu ke mahkamah.

Namun apabila para pemimpin PKR yang dicabar itu kelihatan tidak gentar dengan dakwaan di mahkamah yag mereka janjikan itu — malah mengalu-alukannya sebagai peluang untuk mendedahkan lebih banyak salah laku dan mendedahkan lebih banyak dokumen bukti — maka pemimpin-pemimpin BN itu mulai agak berlembut sedikit.

Kemudian dicuba pula taktik menggertak bahawa mereka juga akan mendedahkan banyak maklumat tentang salah laku peribadi beberapa para pemimpin PKR, khususnya Anwar Ibrahin dan Khalid Ibrahim (calon). Sayangnya, tidak ada sesiapa yang akan mempercayai dakwaan orang-orang yang kononnya berhati mulia yang tidak mahu menjatuhkan air muka lawan politiknya itu.

Semua orang tahu bahawa para pemimpin yang korup dan gila kuasa tidak mungkin mengawal keserakahan mereka semata-mata kerana mereka mempunyai rasa perikemanusiaan dan compassion terhadap lawan politik mereka. Jika watak-watak seperti Najib Razak, Samy Vellu dan Khir Toyo ini mempunyai maklumat yang boleh menjahanamkan lawan politik mereka maka maklumat itu sudah pasti akan mereka gunakan sepenuhnya tenpa berlengah-lengah lagi.

Ketua dan Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno telah menggunakan taktik menuduh para penyokong parti pembangkang yang berkelakuan ganas bagaikan samseng. Namun gambar-gambar foto yang cukup besar lagi jelas yang dapat kita kemukakan (lihat sahaja di laman ini) telah mmperlihatkan suatu imej yang suka dapat dipercayai tetapi benar: seorang pemimpin berkelulusan Oxford dan seorang Menteri Pelajaran Malaysia bersikap dan berlagak tidak ubah seperti samseng jalanan.

Tambahan pula, suatu lagi peristiwa yang berlaku hari ini (21 April 07) menunjukkan bahawa calon PKR dalam piiharaya kecil ini telah diserang oleh satu geng yang terdiri (bedasarkan uniform mereka) daripada anak-anak buah dua orang pemimpin “cendekiawan” Pemuda BN dan Umno itu.

Kini para pemimpin BN ini tampaknya cuba pula mengerahkan bantuan dari pelbagai pihak lain:

  • Pengerusi Suruhanjaya Piihanraya yang menasihatkan parti-parti yang bertanding agar membincangkan perkara-perakara yang bersisi atau mempunyai substance sahaja;
  • Peguam Negara yang menasihatkan bahawa perkara-perkara yang berhubung dengan satu kes pembunuhan ngeri yang akan dibicarakan tak lama lagi tidak harus dijadikan bahan wacana awam;
  • Rencana-rencana dalam akhbar arus perdana yang menasihati semua pihak (khususnya pihak pembangkang) supaya haya menumpukan perhatian kepada persoalan-persoalan dasar dan prinsip –dan bukannya isu-isu pribadi.

PKR tidak ada masalah dengan nasihat dan cadangan ini — dan sejak semula tujuan kami ialah untuk bertanding dalam pilihanraya kecil ini bagi memperjuangkan isu-isu dasar dan prinsip. Namun jika di antara isu-isu dasar dan prinsip itu terdapat juga persoalan salahlaku dan rasuah oleh beberapa para pemimpin yang terlibat maka kami mempunyai tanggungjawab moral mendedahkannya kepada rakyat.

Semua pemimpin berkuasa yang bersalah — baik jawatannya TPM maupun Menteri Kerja Raya maupun Menteri Besar Selangor –mestilah memebersihan diri mereka dengan berterus terang kepada rakyat. Bukan bertindak seperti sekarang — menojah-nojak ke sana sini, menyalahkan dan mengertak orang lain.

Rakyat dan para pengundi di Ijok tidaklah sebodoh yang mereka sangkakan.

ijok_masa_untuk_perubahan1.jpg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: