Khir Toyo – Satu Hari Satu Pendedahan: 1 hingga 3

ijok_selamatkan_selangor1.jpg

 

[Sebagaimana yang telah dijanjikan, hari ini saya akan memulakan siri kempen “1 Hari 1 Pendedahan” yang khusus didedikasikan buat Dr Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor, bagi memungkinkan beliau menjawab dan merungkai semua pertanyaan yang selama ini menggusarkan rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya].

khir-toyo-mb.gif

PENDEDAHAN 1

Khir Toyo perlu menjawab dakwaan yang mengatakan beliau telah meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, dimiliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang rumahnya pernah disewa oleh Khir.

Seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury, adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

Rakyat menuntut jawapan konkrit daripada Khir Toyo!

 

 

 

PENDEDAHAN 2

 

Dr Khir Toyo telah meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000, kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal; Tirai Gemilang; Samasys; dan Usahasewa Sdn Bhd). Akan tetapi seorang pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja. Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

 

Dalam masa yang sama Dr. Khir perlu menjawab apakah benar beliau meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 November 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar tiap seorang: Ahmad Tarmizi Tajjeury, Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin
dan Ali Nordin.

 

Semua mereka ini ada hubungan sama ada dengan Khir atau Setpol beliau,
Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

 

Sila jelaskan perkara ini kepada rakyat, Dr Khir Toyo.

 

 

 

 

 

PENDEDAHAN 3

 

Dr Khir Toyo perlu menjawab apakah benar beliau telah meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, tempat lokasi tanah berkenaan dikesan.

 

Kita difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu menahu bahawa mereka mendapat tanah berkenaan, kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka.

 

Selain itu, beberapa syarikat terbabit dikenalpasti mempunyai pemegang saham yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: