Sambutan menggalakkan di Ijok

oleh Ahmad Zaki Yamani

Hari ini (22 April 2007) saya dan beberapa teman selesai memasang billboard calon keADILan di sepanjang jalan utama Sungai Buloh-Kuala Selangor. Kulit saya masih sakit kerana sun burnt.

Kami terpaksa melakukan operasi memasang billboard peringkat akhir ini pada siang hari kerana sebahagian besar jalan Sungai Buloh-Kuala Selangor itu tidak ada lampu jalan. Justeru, usaha di dalam kegelapan malam hari adalah amat berbahaya.

Tidak mengapa, itu hanya sedikit pengorbanan untuk perjuangan rakyat. Sepanjang bekerja, sering kereta yang lalu-lalang membunyikan hon.

Ketika kami menjalankan usaha yang sama di taman-taman perumahan di Batang Berjuntai sebelumnya, ramai yang memberhentikan kenderaan dan mengucapkan ‘Bagus!’ apabila melihat kami memasang billboard Tan Sri Khalid Ibrahim. Kebanyakan mereka adalah daripada masyarakat Tionghua.

Malah seorang penyokong masyarakat India merayu kami untuk memasang satu billboard tersebut di hadapan rumahnya. Katanya, “Pasang la satu. Saya sendiri sudah pasang banyak bendera.”

Kami tidak menghampakannya. Apabila sampai ke rumahnya di sempadan Ijok dan DUN Bukit Melawati ternyata bendera-bendera keADILan berkibar tinggi dan poster calon dipasang sepanjang jalan masuk ke rumahnya.

Pada pagi tadi, Tan Sri Khalid dijemput oleh masyarakat Kristian di Batang Berjuntai untuk memberikan ceramah kepada mereka selepas mereka menghadiri gereja. Pada tengaharinya Tan Sri Khalid menghadiri jamuan makan tengahari masyarakat India di Tuan Mee.

Saya sebenarnya kagum dengan sambutan dan sokongan masyarakat Tionghua dan India kepada keADILan.

Semalam (21 April 2007), Tan Sri Khalid hadir pada jamuan makan malam di Batang Berjuntai yang dihadiri oleh lebih 400 orang, hampir semuanya daripada kalangan masyarakat Tionghua. Pada masa yang sama, beliau dijemput untuk hadir pada Majlis Perkahwinan sepasang orang Tionghua di Pekan Ijok. Lebih 90 meja disediakan untuk jamuan di Dewan Sekolah Cina tersebut.

Tan Sri Khalid hadir dan bersalaman dengan hampir 1,000 orang yang hadir di dewan tersebut.

Dulu saya mengikuti kempen Pilihanraya Kecil Lunas. Pada hemat saya, sokongan dan sambutan kepada keADILan di Ijok sekarang sudah melebihi sokongan yang kita terima di Lunas dahulu.

Namun apakah sambutan ini mampu kita terjemahkan kepada undi dan kemenangan untuk perjuangan rakyat pada 28 April ini? Kita perlu tunggu dan lihat… dan jangan lupa berusaha keras untuk memastikan penduduk Ijok memberikan kemenangan kepada perjuangan rakyat Malaysia dengan mengundi Tan Sri Khalid.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: