Celoteh Pak Tam Batang Berjuntai …

najib2.jpg

toyo2.jpgrosmah-ijok.jpgkhairygangster2.jpg

LAWAK SEPANJANG MINGGU LALU

Bila manusia terdesak, maka manusia sanggup berkata yang bukan-bukan untuk menyeamatkan dirinya. Maka jadilah dia ahli lawak yang amat melucukan.

Akibat cabaran pertandingan sengit dalam pilihanraya kecil N11 Ijok ini banyak orang nampaknya yang telah menjadi Raja Lawak.

MB Khir Toyo bila terdesak kerana samseng-samseng Pemuda Umno tertangkap (oleh kamera digital) dalam keadaan mencoba bertindak ganas terhadap beberapa orang jurukamera akhbar dan calon KeADILan di Ijok, terpaksa mengarang cerita lawak.

Doktor gigi yang rupanya mempunyi bakat menulis drama komedi itu menyatakan bahawa yang melakukan angkara itu ialah Pemuda KeADILan yang “meminjam” baju seragam para samseng Umno, yakni kumpulan samseng “Sedia Gempur.”

Kepala samseng itu sendiri pula sibuk ke sana sini menjaja cerita tentang 51 orang anggota KeADILan yang telah mengisi borang masuk Umno kerana mereka sudah tidak lagi senang berada dalam KeADILan.

Apakah tidak mungkin 51 0rang itu merupakan ahi Umno sendiri yang menggunakan kad keaggotaan palsu Keadilan – dan menggunakan kad itu sebagai bahan cari makan dari Umno sendiri dalam musim pilihanraya seperti ini?

Tetapi raja lawak yang paling raja daripada segala raja ialah Rosmah Mansor, isteri kepada Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri.

Rosmah menuduh bahawa orang telah menabur fitnah tentang suaminya. Suaminya seorang yang baik, dan dia tidak akan melakukan sesuatu untuk memudaratkan kerajaan atau keluarganya.

Pertamanya, tidah ada sesiapa yang melakukan fitnah tentang suaminya. Suaminyapun sudah menyatakan bahawa dia tidak kenal perempuan Mongolia yang sudah berkecai akibat C4 itu.

Yang dituntut selama ini hanyalah suatu pentelilidikan oleh kerajaan tentang hubungan TPM dengan jenayah penbuhuhan tersebut – dan hubungannya pula dengan jenayah rasuah beratus juta ringgit di Kemenetrian Pertahanan. Itu sahaja.

Sama ada dia kenal (atau Rosmah kenal) perempuan Mongolia atau tidak, gasak dialah. Sama ada dia suami yang baik atau tidak, gasak dialah.

Selain itu, orang bertanya komisyen yang beratus juta ringgit bagi pejualan kapal selam dan alat perang itu kepada siapa mengalirnya. Kepada orang lainkah atau kepada anak dan isteri yang dicintainya. Maklumlah suami yang baik.

Kalau tak bersalah, syukurlah. Tetapi semuanya harus dibuktikan dengan peyelidikan yang mendalam. Bukan penafian kosong yang mudah dibuat sesuka hati.

Tentang balasan Tuhan terhadap dosa memfitnah – itu kata-kata klise dan lawak dari Rosmah sahaja.

Kita memang semuanya berdosa. Kalau tak banyak sedikit, kalau tak besar kecil sahaja. Kalau tak membunuh , kita mengkhianati kawan – malah anak bini. Kalau tak menikam kawan dari belakang, kita merosakkan rumahtangga orang. Bermacam-macamlah.

Pokoknya kita semua berdosa. Jadi, tunggulah sahaja hukuman Tuhan. Kalu tidak di sini di akhirat nanti … atau kedua-duanya sekali. Tunggulah sahaja ketentuan Tuhan.

Kita tidak puas dengan penafian yang sambil lewa sahaja dari Najib itu. Kita mau kepastian bahawa dia tidak bersalah – untuk membersihkan namanya. Maklumlah, seperti kata Mahathir, Pak Lah sepatutnya menjadi PM sementara sahaja (awalaupun dia kini hendak tiga penggal).

Menurut Mahathir lagi, Najib dijangka akan menggantikan Pak Lah — kerana dia lebih popular dan lebih muda. Tetapi dengan keraguan yag timbul oleh kemungkinan keterlibatannya daam kes-kes berat ini, Najib bukan sahaja tidak akan populer lagi – malah dia tidak akan dipercayai.

Oleh kerana itulah apa yang dilakukan oleh Najib (dengan kapal selamnya) ada relevannya bagi rakyat dan para penduduk di Ijok – malah di Malaysia pada keseluruhannya. Mengundi Partiban di Ijok ini boleh menjadi langkah pertama ke arah meningkatkan kedudukan Najib sebagai PM Malaysia.

Tetapi jika kemurnian wataknya tidak diyakini rakyat lagi, bagaimana nak jadi PM? Berpuas hatilah saja menjadi suami yang baik bagi Rosmah.

Pak Tam Batang Berjuntai … raja lawak astro sahaja.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: