Najib belum jelaskan soal Altantuya dan komisyen – Anwar

Penjelasan Najib masih berdalih dan mengelirukan

Oleh Intan Abdullah

najib21.jpgaltantuyababy.jpg
Wed | Apr 25, 07 | 06:13:16 PM
KUALA LUMPUR, 25 April (Hrkh) – Jawapan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bahawa beliau tidak mengenali Altantuya disifatkan sebagai dalih dalam menjawab persoalan sebenar malah menimbulkan lagi kekeliruan berhubung isu yang hangat diperkatakan kini

Mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata sehingga kini tindakan Najib yang menyatakan isu Altantuya yang disebutkan ketika ceramah kempen pilihan raya di Ijok adalah isu peribadi untuk mengelak daripada menjawab isu tersebut.

“Sedangkan tidak ada sesiapa pun bertanya sama ada dia kenal Altantuya atau tidak,” katanya dalam sidang media di pejabat beliau di Petaling Jaya pagi tadi.

“Orang tanya: bila dia tahu pembunuhan itu berlaku, siapa yang maklumkan kepadanya dan apakah dia tahu pegawai-pegawainya terlibat. Hal-hal itu beliau mesti jawab,” katanya lagi.

Selain itu, beliau juga menyatakan kehairanan, kenapa bos kepada dua yang tertuduh (pegawai UTK) iaitu Najib tidak disoal dan ini tidak bermakna beliau membuat serangan peribadi kepada Najib.

Sementara itu, beliau juga menegaskan bahawa orang kanan Najib dan anak beliau tidak disoal siasat dalam merungkai kes ini.

“Dalam keadaan ini, kita masih juga mengatakan tindakan polis ini dianggap profesional dalam menjalankan siasatan,” ujarnya dalam nada mempersoalkan.

Selain itu, Anwar turut mengulangi permintaan beliau sebelum ini, yang meminta Najib menjawab persoalan mengenai pemberian komisen sebanyak RM520 juta kepada Abdul Razak Baginda untuk tujuan pembelian kapal selam.

Beliau meminta kepada Najib untuk menjelaskan bagaimana seorang pegawai kanannya boleh jadi ejen komisen dan bagaimana nilai komisen boleh menjadi begitu tinggi.

Anwar juga menegaskan bahawa kes Altantuya ini berkaitan dengan pembelian kapal selam tersebut, dan menggesa agar Najib segera menjawab persoalan ini daripada terus berlarutan.

Menurut beliau, fakta yang nyata dalam kes komisen pembelian kapal selam ini ialah Razak Baginda mendapat komisen sebagai orang kanan kepada Najib, oleh sebab itu Najib perlu menjelaskan hal ini.

“Saya akan terkejut, jika ada pihak yang membangkitkan hal ini dengan menyatakan ia persoalan peribadi antara saya dan Najib dan ia adalah tidak tepat, kerana ia seakan suatu cubaan untuk memperkecilkan isu korupsi tersebut,”katanya.

3 Responses to Najib belum jelaskan soal Altantuya dan komisyen – Anwar

  1. […] Komisyen beli kapal selam sebanyak RM520 juta kepada Abdul Razak Baginda seperti yang didakwa dikatakan Dato Seri Anwar barangkali tak sempat lagi nak diagih-agih, tiba-tiba Altantuya pula dibunuh, Siapa pembunuh, tak tahu lagi? […]

  2. rata says:

    31/jan/2008/Thu

    kalo di lihat sekarang,pihak media tidak lagi focus dengan kes Al Tantuya.Semuanya focus dengan kes lingam,banjir,angkasawan,kes budak hilang dan macam2 lagi padahal kes Al Tantuya masih lagi belum selesai.Adakah media sekarang sengaja tak focus dengan kes Al Tantuya atau ada konspirasi disebaliknya?Kaedah “Tak Menghiraukan”(Don’t Care) ini pernah dilakukan di Sabah dengan kes Tun Fuad (Donald) Stephan dimana Kabinet Menteri Sabah yang pertama semuanya mati dalam kemalangan udara.Banyak yang mempertikaikan kemalangan tersebut ketika itu tetapi sampai sekarang tiada tindakan atau siasatan dilakukan oleh kerajaan.
    Persoalannya…adakah kes Al Tantuya akan menjadi seperti kes Tun Fuad (Donald) Stephan dimana akhirnya kes tersebut tidak di hiraukan?

  3. joanna says:

    if its so, then that horny old man should step down and give way to others

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: