PESANAN ANWAR IBRAHIM UNTUK KERABAT KEADILAN DI IJOK

anwar-memmipin.gif

Mereka tabur fitnah, kita tabur fakta!

Saya ditanyakan berkenaan benarkah saya meminta bayaran tatkala saya berceramah di Langkawi baru-baru ini. Pelbagai jumlah wang yang dituduh membabitkan saya, dari RM2 billion sewaktu era 1998 dahulu hinggalah RM10 ribu yang terkini. Ini mainan politik jijik Umno. Irama tersebut telah dilaungkan sejak era reformasi 1998. Pun begitu sehingga kini belum terbukti sekelumit pun!

Seandainya jujur dan berprinsip, mengapa tidak berbangkit isu komisyen RM 520 juta dan 400 juta, yang disahkan oleh organisasi PBB sebagai yang tertinggi di dunia? Apa pula pendirian mereka mengenai kekayaan bercambah pimpinan Umno? Di blog Shamsul Iskandar ada dibangkitkan pendedahan rasuah Khir Toyo yang kian kusam disimpan di rak fail BPR. Kenapa tidak dijawab semua itu?

Kononnya saya melempar fitnah, menyerang peribadi. Yang saya bangkitkan cuma pertanyaan. Kalau tidak bersalah, apa perlu digusarkan persoalan tersebut? Saya cabar mereka yang mendakwa saya melempar fitnah untuk mengheret saya ke mahkamah. InsyaAllah lebih banyak akan kita dedahkan nanti.

Saya tegaskan, kita lempar fakta untuk dijawab, bukan fitnah memaki hamun. Rakyat kian bijak, Rakyat kian nampak. Beban menjawab kekal tergalas di bahu pimpinan Umno/BN.

ANWAR IBRAHIM

[dari laman blog Anwar Ibrahim]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: