25 April 2007: 5.00 petang
Kami baru sahaja mendapat berita bahawa calon KeADILan dalam piliharaya kecil N11 Ijok, Tan Sri Khalid Ibrahim, Sdr P Krishnasamy dan beberapa pekerja parti sebentar tadi telah diserang oleh sekumpulan orang di Ladang Tuan Mee di Ijok.
Merka berada di ladang itu dalam rangka kempen untuk pilihanraya kecil itu.
Sdr P. Krishnasamy adalah Ketua, Keadilan Bahagian Kelang dan Naib Pengerusi Keadilan Keadilan Negeri Selangor.
Menuurut berita yang kami terima TS Khalid dapat diselamatkan dan di bawa keluar dari kawasan itu oleh para pekerja parti. Tetapi keadaan Sdr Krishnasamy tidak dapat dipastikan setakat ini, walapun beliau jelas telah menjadi mangsa serangan tersebut.