[CELOTEH PAK TAM BATANG BERJUNTAI]

collage_41.jpgkhir-toyo-mb.gif

 

 

Mahathir sokong Khalid di Ijok?

 

Bila artikel Sayuti Omar tersiar dalam portal Malaysia Today ada orang yang memaki hamun Sayuti, menuduhnya sebagai berbohong dan menjadi penjilat upahan Anwar. OK, bila berita yang sama keluar dalam Siasah, orang masih patut terus mencurigainya. Maklumlah, Sayuti memang terlibat dalam Siasah.

Tetapi hari ini pandangan Mahathir itu dilaporkan pula dalam portal Malaysiakini.com – dalam sebuah temuramah khas. Jadi Sayuti tak mungkin berbohong lagi, kerana laporan Malaysiakini itu siap dengan videonya sekali.

 

Pak Tam bukanlah peminat Mahathir sangat, tetapi pandangannya tentang pilihanraya kecil Ijok ini agak menarik juga. Rasa jengkelnya terhadap Pak Lah Badawi memang sudah kita ketahui, tetapi kali ini nampaknya sudah agak bosan juga dia dengan si Najib ‘tu.

 

Maklumlah, untuk menjaga periuk nasinya (mesti besar periuk itu), Najib perlu kelihatan menyokong Pak Lah. Jika ada pilihanraya kecil, maka akan bertungkus lumuslah dia. Dan bila menang – seperti di Machap dulu – Najiblah juga yang akan membuat kenyataan: Inilah tandanya pemerintahan Pak Lah dihargai rakyat.

 

Senario ini sudah dibaca – dan dihuraikan – oleh Che Det dengan baik sekali. Siapalah yang akan lebih mengenal si maling kalau bukan si pencuri.

 

Mana tak blow Che Det dibuatnya. Tak berbaloi dia bermati-matian meminta Pak Lah melantik Najib sebagai timbalan – sedangkan Dolah buat dek saja untuk beberapa ketika. Kini bila sudah jadi timbalan, dia benar-benar sudah jadi pengampu Pak Lah pula.

 

Tapi Pak Det mestilah faham. Najib perlu main drama ampu-mengampunya dengan cukup meyakinkan. Kalau tidak kena tendanglah dia. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini banyak cerita busuk tetang Najib sudah mula diungkit-ungkit di khalayak ramai – khususnya di sekitar kawasan Ijok ini.

 

Pada siapalah lagi dia dapat bergantung? Tidak ada rakan nampaknya yang berani bersuara membelanya – kecuali isterinya sendiri sahaja.

 

Che Det sendiri tentu faham tentang kuasa seorang PM dalam menendang timbalan yang tidak disenanginya. Dalam zaman Che Det sendiri, sudah berapa timbalan yang telah Che Det tendang – tiga atau empat atau lima? Tak payah kiralah, buat dia gelisah saja!

 

Eh seperkara lagi … Pak Lah nampaknya langsung tak turun ke Ijok. Terlalu yakinkah dia bahawa BN akan menang? Atau dia memang hendak Najib yang menjalankan tugas di Ijok ini hingga seselai. Jika menang nanti, biarlah Najib juga yang membuat kenyataan bahawa pemerintahan Pak Lah dihargai rakyat.

 

Dengan yang demikian tidaklah kelihatan Pak Lah sendiri yang mendabik dada. Imej yang demikian mana sesuai bagi seseorang yang alim hadhari.

 

Tetapi jika kalah nanti, seperti yang disarankan Che Det, persalahkan sahaja si Toyo. Khairy tentu setuju. [TV3 malah boleh buat dokumentari lagi tentang kelemahan pentadbiran Selangor].

 

Atau Pak Lah boleh menggunakan keputusan yang demikian itu sebagai alasan mempercepat langkah menendang Najib. Ini bukan saranan dari Che Det, tetapi Che Det mungkin saja setuju kerana dia sudah hot. Khairy tentu juga setuju. [Kalau perlu pasukan ‘Sedia Gempur’nya boleh bertindak memukul Najib kalau dia berkeras tidak mahu pergi].

 

Khairy bersetuju dengan Che Det? … macam tak kena aja! Apa pula tak kenanya! Jika Samy Vellu boleh berpelukan dengan Pandhitan di atas pentas di Batang Berjuntai, mengapa pula Che Det dan Khairy tidak boleh bersetuju di Batang Berjuntai?

 

Bumi Ijok ini bumi beratantu … oops, maksud saya berhantu. Ooi, seramnya!

 

Pak Tam Batang Berjuntai.

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: