KHALID AKAN SAMAN NAJIB

20557.jpgkhalid-ijok2new.gif

Najib berbohong dan berniat jahat – Khalid

Calon KeADILan, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, akan memfailkan saman terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, sehubungan dengan tuduhan TPM itu tentang permohonan 20 peratus saham Guthrie untuk dimiliki secara peribadi.

Menurut Khalid, kenyataan prejudis Najib yang disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan itu tidak ada kena mengena langsung untuk dikaitkan dengan pilihanraya kecil DUN Ijok.

“Najib bertujuan jahat dan mahu mencemarkan nama baik saya,” katanya dalam sidang media di Pejabat PKR di Ijok, pagi tadi (26 April 2007).

Menurutnya kenyataan Najib itu tidak benar, kerana urusniaga sahamnya dengan Bank Islam tidak sampai beribu juta. Bagaimanapun, beliau tidak boleh menyatakan angka sebenar kerana kes itu masih dalam urusan mahkamah di Labuan.

Beliau berkata bahawa kenyataan Najib itu tidak selari dengan kenyataan beliau di Parlimen bahawa kerugian Bank Islam disebabkan pelaburan antarbangsa dan tidak mengikut lunas perbankan Islam.

Dalam sidang media itu juga Khalid melahirkan kebimbangannya akan kehadiran lebih 2000 pengundi luar yang akan membuang undi pada 28 April nanti.

“Kita khuatir bukan para pengundi yang datang tetapi orang-orang suruhan BN yang datang. Kita telah menyatakan bahawa para petugas kita, termasuk dari PAS dan DAP, akan melakukan pemantauan pada hari pengundian nanti,” katanya.

Tambah beliau, mereka akan memastikan pengundi yang menggunakan kad pengenalan orang lain tidak akan mengundi, kerana ini ternyata salah di sisi undang-undang.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: