Pemuda Umno diminta Khairy berlakon keluar KeADILan, dapat RM20

 

23bh7a.jpg

Gambar seperti ini tulen atau sandiwara murah Khairy Jamaluddin, B.A. (Oxon)?

 

Oleh Saidah Hairan

Wartawan Harakahdaily

BATANG BERJUNTAI, 26 April
– Lima orang Pemuda Umno kesal dengan tipu muslihat yang dilakukan oleh Pemuda Umno, diketuai Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin, supaya mereka menyamar sebagai ahli KeADILan yang menyertai Umno.


Seorang ahli Umno, Jefri Jaafar Sudin, 34, yang terlibat dalam muslihat itu kesal dengan tindakan penipuan tersebut kerana tidak diberitahu terlebih dahulu tujuan mereka diminta bergambar bersama Khairy.


Beliau yang ditemui di Ijok malam tadi kesal dengan sikap Pemuda Umno di kampung Pecah Batu yang memanggilnya datang ke rumah tersebut tetapi tidak dinyatakan tujuan bergambar bersama Khairy.

“Saya tidak tahu menahu, tiba-tiba saya ditarik untuk bergambar dengan pakai baju BN. Pemuda Umno terlibat memberitahu saya mereka akan bagi duit, tapi tak maklumkan berapa banyak,” katanya.


Bagaimanapun, selepas bergambar bersama Khariy beliau hanya diberi wang sebanyak RM20 sahaja.


“Kami tidak sempat hendak tanya tujuan bergambar dengan Khairy tiba-tiba apabila tengok suratkhabar tajuk berita itu lain pula,” katanya.


Beliau memberitahu lima orang pemuda ahli Umno yang dikatakan keluar KeADILAN itu sememangnya tidak pernah menjadi ahli parti berkenaan. Katanya, gambar itu diambil pada malam Sabtu selepas hari penamaan calon, di kampung Pecah Batu, dekat sini.

“Saya cukup tidak berpuas hati kerana tanpa pengetahuan kami dipaksa berlakon menjadi ahli KeADILan yang keluar parti itu untuk menyertai Umno,” katanya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: