Pegundi Ijok, Ciptalah Sejarah Baru — Anwar

anwar-memmipin.gifkhalid-ijok2new.gif

Anwar minta pengundi Ijok cipta sejarah baru

Anwar Ibrahim
Fri | Apr 27, 07 | 03:08:57 PM
Hari Sabtu (28/4) ini hari penentuan bagi semua rakyat di dalam DUN Ijok. Kepada rakan-rakan berbangsa Melayu, Cina & India saya merayu supaya mengundi calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Dato’ Khalid Ibrahim.Anda semua: Melayu, Cina dan India berpeluang untuk mencipta sejarah.Dan sejarah itu akan anda cipta dengan mengundi calon Parti Keadilan Rakyat Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tan Sri Khalid adalah rakan lama saya. Beliau adalah seorang anak Selangor yang telah beberapa kali mencipta sejarah. Pada tahun 1981, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu sebagai Ketua Pehawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad telah menjadikan Syarikat Guthrie yang ketika itu dimiliki oleh pemodal-pemodal asing sebagai syarikat Malaysia.

MeMalaysiakan Syarikat Guthrie ini berjaya dilakukan melalui PNB melakukan ‘Serangan Waktu Subuh’ ke atas Bursa Saham London.

Tan Sri Khalid melaksanakan langkah MeMalaysiakan Syarikat Guthrie, salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia kerana beliau terdorong oleh semangat patriotik dan mahu menyaksikan Syarikat Guthrie diuruskan oleh rakyat Malaysia sendiri. ‘Serangan Waktu Subuh’ yang dilakukan oleh PNB terhadap Bursa Saham London menyebabkan nama Tan Sri Khalid terkenal di masyarakat korporat dunia dan Malaysia dihormati oleh masyarakat ekonomi antarabangsa.

Tan Sri Khalid sekali lagi mencipta sejarah Ketua Eksekutif PNB dengan memperkenalkan Skim Amanah Saham Nasional dan Skim Amanah Saham Bumiputera. Melalui langkah ini beliau telah memungkinkan jutaan rakyat Malaysia memiliki saham. Berkat buah fikiran anak Selangor kelahiran Jeram ini, pemilikan saham di Malaysia hari ini tidak terbatas kepada golongan kaya sahaja.

Pada tahun 1992, beliau sekali lagi mencipta sejarah. Beliau mencadangkan kepada saya, selaku Menteri Kewangan pada wakti itu untuk melaksanakan Skim Pinjaman Amanah Sham Bumiputera kepada Rakyat Termiskin bermula dengan RM700 juta dilancarkan di Baling, Kedah yang telah mengubah kehidupan 140,000 rakyat Malaysia.

Apakah makna undi anda kepada Tan Sri Khalid, calon Pari Keadilan Rakyat pada hari Sabtu ini? Maknanya adalah anda mencipta sejarah politik. Apakah makna sejarah politik itu?

Maknanya adalah anda telah menolak sikap sombong dan angkuh pemimpin-pemimpin Barisan Nasional baik dari kalangan UMNO, MIC dan MCA yang menganaktirikan Ijok selama ini. Anda telah menolak amalan rasuah dan rakus pemimpin-pemimpin BN.

Tanyakan kepada Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tentang komisyen berjumlah lebih RM530 juta untuk membeli kapal selam Scorpene dan hampir RM400 juta untuk membeli jet pejuang Sukhoi. Jumlah komisyen di dalam pembelian pesawat pejuang dan kapal selam berjumlah hampir-hampir RM1 billion.

Jumlah tersebut sahaja mampu membina 200 sekolah rendah, 100,000 klinik kesihatan dan 20,000 unit rumah kos rendah.

Jumlah rasuah tersebut kira-kira 20 kali ganda lebih banyak daripada pembangunan Pilihanraya Ijok yang diisytihar secara tergesa-gesa oleh Barisan Nasional tempoh hari.

Bolehkan calon BN K. Partihban menanyakan soalan ini kepada Dato’ Seri Najib yang juga Menteri Pertahanan? Bayangkan bagaimana ekonomi penduduk di Pekan Ijok dan Batang Berjuntai dapat dijana dengan jumlah wang tersebut. Jumlah tersebut juga boleh menyelesaikan masalah pengangguran dan sosial yang begitu parah sehingga hari ini.

Setelah lebih 50 tahun merdeka masyarakat Tuan Mee masih lagi minum di air perigi. Bagaimana keperihatinan pimpinan MIC?

Dengan Tan Sri Khalid dan juga Parti Keadilan, anda sekalian juga akan mencipta sejarah dengan membawa politik baru yang menjaga kepentingan masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Kami di Parti Keadilan telah mengusulkan Agenda Ekonomi Nasional yang menjaga kepentingan semua kaum, meningkatkan kebolehah daya saing kaum Bumiputera dan memberi peluang kepada golongan miskin tanpa mengira kaum.

Kami juga memberi komitmen menjaga hak penganut-penganut agama mengamalkan agama mereka dan menjaga kesucian serta keselamatan tempat-tempat ibadat mereka.

Rakyat Ijok berhak mendapat calon terbaik. Calon tersebut ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, calon Parti Keadilan Rakyat. Ayuh, mari kita cipta sejarah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: