Sah, pengundi Cina di Ijok sokong KeADILan

Pak Lah tak mampu selamatkan Ijok
Friday, April 27 @ 00:07:50
Artikel

Apa yang berlaku di Pekan Ijok malam tadi sama dengan apa yang berlaku di Lunas lima tahun lepas. Kalau hakikat ini benar, ini bermakna Ijok akan menjadi “Lunas” kedua! Ucapan Anwar yang penuh bervariasi — humor, guruan dan sesekali serius — memukau masyarakat Tionghua dan hadirin.


Oleh Mohd Sayuti Omar

BARISAN NASIONAL (BN) akhirnya terpaksa juga meminta bantuan tali hayat daripada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk menyelamatkan keadaan BN yang hampir karam di Ijok sekarang ini. Lewat petang semalam (26 April) Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan kunjungan ke Ijok untuk memberi semangat kepada para jentera pilihan raya BN yang sudah merasa lemah dengan perkembangan di Ijok pada masa ini apabila lebih 70 peratus pengundi Melayu cenderung untuk memilih calon Keadilan, Khalid Ibrahim.

Sekaligus pemergian Perdana Menteri itu juga menunjukkan BN di dalam keadaan tertekan dan cemas. Bagaimana pun pemergian Perdana Menteri itu dikira tidak banyak merubah suasana, apa lagi untuk membantu calon BN, melainkan sekadar untuk memenuhi permintaan para petugas jentersa BN, yang sudah panik.

Kedatangan Abdullah ke Ijok dikira satu kesilapan kerana ia boleh menjejaskan pengaruhnya sendiri. Sekiranya BN kalah pada 28 April kelak, orang boleh merumuskan, pengaruh dan pamurnya sudah merosot dan rakyat tidak lagi mempedulikannya.

Sebaliknya kalau beliau tidak hadir, sekiranya calon BN kalah orang boleh menjadikan alasan kerana Perdana Menteri tidak turun ke Ijok.

Kunjungan Abdullah ke Ijok itu sebenarnya dikatakan tidak ada dalam jadual. Abdullah berkenan untuk mencemar duli di Ijok apabila bekas Timbalan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad turut sama campur tangan di Ijok dengan menghantar mesej supaya pengundi Ijok memilih, Khliad Ibrahim sebagai menghantar mesej kepada kerajaan.

“Abdullah sungguh bimbang dengan mesej berkenaan yang boleh menyebabkan BN kalah dengan teruk, dan kalau BN kalah teruk ia boleh menjejas dan memalukan Abdullah,” begitulah tanggapan pemerhati politik di Ijok.

Selain itu pemergian itu juga setelah BN merasa kekuatan dan pengaruh Najib Razak yang mengepalai kempen berkenaan tidak begitu mengesankan. Masalah dan isu yang dicampakkan kepadanya, seperti isu Altantuya, komisen kapal selam RM520 juta dan sebagainya

menjadi Najib sendiri mati langkah dan

mempunyai masalah sendiri di Ijok sehinggakan tidak boleh untuk fokus kepada pilihan raya Ijok.

Seperti dikatakan tadi kedatangan Abdullah ke Ijok tidak sampai tiga jam itu tidak dapat mengubah suasana dan juga merombak simpulan pengundi di Ijok yang mereka sudah lakukan. Baik Melayu, Cina dan India masing-masing sudah membuat keputusan siapa yang bakal mereka pilih.

Sementara itu pemandangan zahir menunjukkan rata-rata pengundi terbingkas dengan seruan yang dibawa Keadilan “undi untuk perubahan”. Hurungan orang ramai di ceramah-ceramah Keadilan menjelaskan kehangatan sokongan orang ramai kepada parti berkenaan.

Bukan saja pada ceramah dihadiri Anwar, Ezam Muhammad Nor, Saifuddin Nasation Ismail tetapi ceramah yang diungguli pemimpin PAS, Abdul Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa dan lain-lain juga turut mendapat sambutan memberangsangkan.

Misalnya ceramah Anwar di pekan Ijok malam tadi dihadiri kira-kira lebih 2,000 masyarakat Tionghua dan ini sesuatu yang mengharukan dan menjelaskan bahawa hampir 80 peratus pengundi Cina seramai 20 peratus bersedia memberi sokongan kepada calon Keadilan.

Dalam pilihan raya sebelum ini masyarakat Tionghua di Ijok dikatakan tidak pernah menunjukkan sikap terbuka menyokong pembangkang seperti itu

Sorakan demi sorokan dan tepukkan demi tepukan pada setiap kali Anwar melafazkan hujah-hujahnya menggambarkan sikap masyarakat Cina Ijok sedia untuk memberikan undi mereka. Apa yang berlaku di Pekan Ijok malam tadi sama dengan apa yang berlaku di Lunas lima empat tahun lepas.

Kalau hakikat ini benar, ini bermakna Ijok akan menjadi “Lunas” kedua!

Ucapan Anwar yang penuh bervariasi, humor, guruan dan sesekali serius memukau masyarakat Tionghua dan hadirin. Anwar juga seperti konfiden bahawa sokongan yang dipamirkan itu ikhlas dan jujur, bahawa masyarakat Ijok mahukan perubahan berterima kasih dan terharu dengan sokongan itu.

Ceramah di Pekan Ijok itu dikira adalah yang terakhir dan Keadilan tidak perlu merasa bimbang kepada sokongan yang diberikan kerana ia menampakkan benar bahawa undi orang-orang Cina akan dimasukkan ke dalam peti undi Keadilan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: