KeADILan Permatang Pauh tayang VCD keganasan di Ijok

 

20070420-ijokhishamkhairy1.jpg

 

 

Oleh Mohd Sabri Said

[Harakahdaily.net]
Sat | May 05, 07 | 12:02:52 PM

 

PERMATANG PAUH,  5 Mei (Hrkh) – Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Permatang Pauh mengambil inisiatif menayangkan video beberapa insiden yang berlaku semasa hari penamaan calon, semasa berkempen dan hari mengundi dalam pilihan raya kecil Ijok, Selangor yang berlangsung baru-baru ini.

Ketuanya, Saudara Hazzrie Abu Bakar berkata. tayangan yang memakan masa satu jam itu bertujuan menjawab balik isu yang telah dilemparkan kepada PKR dan Barisan Alternatif (BA) yang kononnya bertindak kasar terhadap jentera Barisan Nasional (BN).

Sedangkan, mereka (BN) sebenarnya pencetus provokasi sehingga berjaya menakutkan sebahagian pengundi untuk memangkah PKR.

“Kami cuba untuk memberikan penerangan serta membuktikan kepada masyarakat bahawa siapa sebenarnya dalang yang mencetuskan keganasan dalam pilihan raya kecil Ijok pada 28 April lepas,” katanya ketika dihubungi.

Sebagai permulaan katanya, tayangan berjaya dibuat di Yayasan Aman, Penanti semalam di mana kehadiran orang untuk mengetahui kejadian sebenar begitu ramai.

Maklumlah sambung Hazzrie, video berkenaan belum ditayangkan di mana-mana stesyen televisyen atau paparan akhbar arus perdana.

“Walaupun ia dirakamkan oleh perakam video yang tidak profesional namun ia sudah memadai kerana pembangkang kurang peralatan, tidak seperti pemerintah yang boleh memperkudakan TV kerajaan atau swasta demi memancing rakyat di samping menabur pelbagai tomahan terhadap pembangkang,” ujarnya.

Slogan BN ‘Pemuda BN sedia gempur, PKR terkubur’ katanya lagi, jelas mempunyai mesej yang tersirat untuk menghidupkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Semasa pilihan raya kecil Ijok yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PKR, BN berjaya mengekalkan kerusi tersebut menerusi calonnya K.Parthiban yang menang dengan majoriti 1,850 mengalahkan calon PKR, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Pilihan raya tersebut juga menyaksikan kedua-dua parti berjaya menambah undi di mana BN sebanyak 671 manakala PKR 470 undi.

Kepada sesiapa yang ingin memanggil krew penayangan ini boleh menghubungi di talian 0194117210. Pihak penganjur diminta menyediakan P.A system yang baik bagi memberikan perkhidmatan terbaik untuk kepuasan penonton kelak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: