Program Pos Pilihanraya Ijok

April 30, 2007

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim bersama-sama pemimpin-pemimpin Barisan Rakyat akan berada di Ijok pada 1 Mei untuk program bersama masyarakat dan petugas pilihanraya.

Ia bermula dengan Hi-Tea di Pekan Ijok, Batang Berjuntai, Solat Maghrib di Bukit Badong, Solat Isya’ di Masjid Jaya Setia, Makan Malam di Markas PAS Batu 8 Ijok dan diakhiri dengan Ceramah Perdana di Markas PAS Batu 8 anjuran PAS Kawasan Kuala Selangor.


Gerak kerja keADILan di Ijok

April 17, 2007

Parti Keadilan Rakyat telah menyusun pelbagai program untuk menyampaikan mesej kepada pengundi di Ijok mengenai pilihan sebenar yang dihadapi mereka. Wanita, Angkatan Muda, Bahagian-Bahagian di Kuala Selangor dan Negeri-negeri dari seluruh Malaysia akan menjalankan usaha ini secara tersusun.

Sekiranya rakyat tahu hakikat mengenai calon dan parti yang bertanding, maka mereka sudah tentu tidak akan memilih parti yang dipenuhi korupsi.

Angkatan Muda keADILan dengan diketuai oleh Shamsul Iskandar Akin telah memulakan gerak pertama pada 15 April lalu dengan pelancaran Skuad Angkatan Muda dan Jentera Pilihanraya Angkatan Muda di Ijok. Ikuti blog beliau: Suara Anak Muda.

skuad-amk.jpg


Ijok sesak untuk pengumuman

April 17, 2007

Sebentar lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat pengumuman rasmi calon keADILan di Pilihanraya Kecil Ijok.

Keadaan di Pekan Ijok dan Batang Berjuntai kini sesak dengan ribuan kenderaan. Keadaan lebih diburukkan kerana projek-projek segera membaiki jalan sedang dijalankan oleh JKR dari seluruh negara.

Pengumuman akan dibuat di Bilik Gerakan keADILan Batang Berjuntai.

9.55 pm

Sudah lebih 5 ribu orang berkumpul di tapak pasar malam Batang Berjuntai untuk mendengar pengumuman calon keADILan di Ijok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sambutan adalah amat menggalakkan termasuk daripada masyarakat Tionghua dan India.


Pengumuman Calon KeADILan Pilihanraya Kecil Dun Ijok

April 17, 2007

 

Calon KeADILan untuk DUN Ijok

Berikutan Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KeADILan):

  • Penasihat Parti Dato Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan calon Pilihanraya Kecil Dun Ijok
  • pada 17 April 2007,
  • pada jam 8:30 malam.

Pengumuman itu akan dilaksanakan di

  • Bilik Gerakan KeADILan Batang Berjuntai, Ijok.

Selain itu, jentera pilihanraya KeADILan DUN Ijok akan dilancarkan pada waktu yang sama.

Akan turut bersama pada majlis tersebut adalah pimpinan tertinggi KeADILan: Presiden Dr Wan Azizah, Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib Presiden Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, Dr Lee Boon Chye, Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Wanita Fuziah Salleh, Pemangku Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar dan Ketua Penerangan Tian Chua.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi SD Johari 017-6061735 atau Ginie Lim 012-6693453.

SEMUA DIPERSILAKAN HADIR.


Ribut di Bukit Badong

April 15, 2007

Semalam (14 April 2007) maklumat telah diterima bahawa Bukit Badong (satu kawasan di dalam DUN Ijok dengan kira-kira 2,000 pengundi) telah dilanda ribut.

keADILan Selangor telah menghantar petugas dan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana di sana.


Angkatan Muda Keadilan lancar Jentera Pilihanraya Ijok

April 14, 2007

Angkatan Muda Keadilan Malaysia bersama Angkatan Muda Keadilan Selangor akan melancarkan Jentera Pilihanraya untuk Pilihanraya Kecil DUN N.11 Ijok seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 April 2007 (Ahad)

Masa : 8.45 malam

Tempat : No 2 Simpang Empat Ijok (Rumah Haji Miskun)


Temubual wtv8 bersama Tan Sri Khalid

April 9, 2007

tan-sri.jpg
Web TV8 telah mengadakan satu temubual dengan Pengerusi Perhubungan keADILan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkenaan perkembangan persiapan pilihanraya kecil DUN Ijok. Sila lawati Laman WebTV TV8 untuk mengikuti rakaman tersebut.