Calon – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

tsk.jpgtsk-2.jpg

Abdul Khalid Ibrahim dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jeram sekitar awal 1950an dan menduduki peperiksaan Special Malay Class. Khalid Ibrahim seterusnya menyambung pelajaran di sekolah Inggeris di Kampung Kuantan.

Beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan lulus cemerlang dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. Khalid Ibrahim kemudian memperolehi Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Universiti Queensland, Australia.

Khalid Ibrahim, anak jati Kuala Selangor, kini adalah Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad dan ahli lembaga pengarah Sirim Berhad. Beliau juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah.

Beliau adalah Ahli Lembaga, Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).

Bekas guru dan pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi ini pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (1979-1994) dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).

Di PNB, beliau adalah antara tenaga utama yang menjayakan Skim Amanah Saham Nasional dan kemudiannya Amanah Saham Bumiputra sehingga mampu memberikan pulangan yang baik kepada pelabur. Skim ini kemudiannya diperkembangkan kepada seluruh rakyat malaysia melalui pelbagai tabung lain.

Penduduk Kuala Selangor sering mengingati jasa Khalid Ibrahim yang mengusahakan pembinaan Pusat Latihan Penyelenggaraan Jentera Perindustrian dengan kerjasama UMW Berhad di Kuala Selangor. Pusat tersebut telah membantu memberi latihan kepada remaja miskin dari kawasan sekitar termasuk Ijok, sebelum diserapkan sebagai tenaga kerja di UMW Berhad. Pusat tersebut mula beroperasi dari tahun 1994 sehingga kini.

Khalid Ibrahim juga memperkenalkan Program Rakan Jaya Diri yang khusus untuk melatih pelajar-pelajar yang tercicir dari persekolahan. Mereka diberi peluang latihan dalam kerja di Guthrie Berhad dan diajar kemahiran komunikasi dan kemahiran asas pejabat bagi memudahkan mereka diserapkan berkerja di mana-mana syarikat.

Kedua-dua program ini memberi sumbangan bermakna kepada meningkatkan taraf kehidupan penduduk sekitar Kuala Selangor termasuk Ijok.

Atas kesedaran bahawa negara dan negeri Selangor sendiri berada di dalam keadaan yang parah akibat penyelewengan, korupsi dan salahguna kuasa yang berleluasa; Khalid Ibrahim mengambil keputusan bahawa keadaan mesti diperbetulkan melalui perubahan politik.

Kerana itu, Khalid Ibrahim menyertai Parti Keadilan Rakyat pada tahun 2006 dan dilantik sebagai Bendahari Agung dan kemudiannya Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pada tahun 2007, beliau telah dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli parti di Bahagian Kuala Selangor sebagai Ketua Bahagian.

Usaha menaikkan taraf hidup rakyat dan pendidikan anak-anak muda adalah keutamaan Khalid Ibrahim. Pengalaman beliau sendiri yang membesar di dalam suasana kampung di Kuala Selangor, membolehkan Khalid Ibrahim memahami kepentingan pendidikan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat Ijok, beliau akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperbaiki taraf kehidupan penduduk Ijok dengan memperkenalkan program-program ekonomi dan sosial, dengan penekanan khusus kepada maju diri dan pendidikan belia — supaya Ijok dan seluruh warganya menjadi contoh kepada negeri Selangor dan seluruh Malaysia.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan beliau, Khalid Ibrahim yakin akan dapat memainkan peranan berkesan, dengan sokongan rakyat, untuk menjayakan misi ini.

11 Responses to Calon – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

  1. […] to this Ijok by-election. It’s a confirmed battle between Parti Keadilan Rakyat’s Khalid Ibrahim and Barisan Nasional’s K. Parthiban. Khalid is a renowned corporate man, who once led […]

  2. awies says:

    tahniah kepada tan sri khalid, dan saya berpendapat bahawa negara kita memang mengalami tsunami politik yang tidak disangka-sangka oleh sesiapa. mahu pun kerajaan BN mahupun pihak pembangkang. sepatutnya mahupun BN atau pembangkang seharusnya mengkaji kenapa rakyat bertindak sedemikian … pada pendapat saya pihak rakyat telah berasa tertekan dengan langkah langkah yang telah di buat oleh kerajaan dan bagi pihak bukan kaum bumiputra, mereka tiada tempat untuk bergantung kepada kerajaan kerana pembahagian project ataupun kuota yang diagihkan. saya berharap dengan pucuk pimpinan Tan Sri selepas ini akan mengambil kira kesemua kaum dan agaihan yang saksama kepada semua golongan..

    tahniah tan sri

    awies ung

  3. abdul razak musa says:

    assalammualaikum…

    YB Tan Sri….,
    Saya salah seorang dari penyokong kuat YB, dan juga pernah menjadi pekerja semasa di Kumpulan Guthrie dahulu.Syabas dan tahniah kerana YB Tan Sri akan memimpin kerajaan negeri….
    Berbakti kita sebagai Khalifah Allah…

    Wassalam…

  4. baharin baharuddin says:

    Saya mendoakan agar allah memberi kekuatan pada beliau bagi menegakkan keadilan.amin.

  5. SYED says:

    Assalamualaikum,

    Terlebih dahulu saya ucap jutaan tahniah di atas kemenangan Tan Sri Khalid di Parlimen Bandar Tun Razak. Saya amat berbangga dengan pencapaian Tan Sri Khalid sekarang ini dimana usaha untuk membantu rakyat. Saya adalah anak kelahiran Selangor yang kini menetap di Bandar Sri Permaisuri dimana tempat Tan Sri Khalid adalah Ahli Parlimennya (Bandar Tun Razak), saya berharap Tan Sri akan dapat juga membantu penduduk di Bandar sri Permaisuri dari segi melanjutkan pelajaran dan taraf hidup. Saya sentiasa menyokong Tan Sri Khalid dimana akan membawa perubahan pada keadaan sekarang.

    Terima Kasih.

  6. Ruslan Ismail says:

    Saya merupakan penyokong kuat Dato’Seri parti keadilan di Terengganu dan dengan ini mengucapakan tahniah kepada Tan Sri Khalid Ibrahim kerana berjayanya PKR menerajui Negeri Selangor.

    Sekian.Berkhidmat dgn penuh Insaf

    Saya berniaga di Terengganu merupakan pemimpin UMNO di Bahagian Batu dan meletakan jawatan selepas Dato’Seri Anwar di tangkap.Penyokong kuat Dato Seri DARI DULU HINGGA KINI

  7. Abubaks says:

    Tan Sri
    Tahniah atas pencapaian Tan Sri pada PRU 12, Kegagalan menjadi wakil rakyat Ijok bukan bermakna terus gagal. kuasa Allah menentukan Tan Sri berpeluang memimpin seluruh rakyat Negeri Selangor. di harap kekalkan segala cita cita sebelum dan selapas menjadi menteri besar. saya berharap panas sampai kepetang semoga tidak hujan ditengah hari. Selangor perlu dibantu. jadikan selangor Selamat dan bebas dari gejala yang tidak sihat.Semoga Instituisi masjid dapat lebih bebas bekembang kearah pendidikan agama islam/
    terima kasih

  8. saleh says:

    Syukur Alhamdulilah. Semoga ketentuan ini menjadi titik mula bagi membina bangsa melayu yang gemilang. Semoga di bawah pimpinan Menteri Besar yang baru ini dapat memberi tumpuan yang lebih kepada perkembangan sosial remaja di Selangor. Kajian yang memdalam terhadap masalah sosial khususnya bangsa melayu di Selangor perlu diberi perhatian yang mendalam sebelum ianya menjadi barah yang tidak boleh dirawat lagi. Semoga Allah memudahkan segala urusan kerajaan baru Selangor ini dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Insyaallah.

  9. syukur says:

    assalamualaikum tan sri…………
    saya adalah merupakan salah seorang pengundi yang mengundi parti pembangkang pada pru12 yang lalu di dun dengkil dan parlimen sepang, tapi malangnya parlimen dan dun dikawasan saya telah dimenangi oleh bn, namun saya amat berbangga dan gembira kerana pkr telah berjaya menawan selangor. saya amat berharap walaupun parti pkr tewas disini jangan lah orang disini dipinggirkan.

  10. Din jawa says:

    Tahniah, janji pilihanraya mcm mana? buat dulu apa yang dijanjikan!!! jgn jadi boneka. Zakat 200 juta tapi masih ada fakir miskin di selangor. tolong beri perhatian

  11. keadilan selangor says:

    takbirrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: